<< September 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30

KALAM DARI EDITOR








Bunga ibarat perlambangan kepada wanita solehah..

Bajailah dirimu dengan baja iman,

suburi dengan air mata keinsafan dan ketaqwaan,

alunkan ayatul Quraniah sebagai penghibur dikala duka,

peringatan dikala terleka, tanda kesyukuran dikala gembira,

juga warkah cinta dari Yang Maha Esa...

{ya ALLAH, berjayakah aku realisasikan kata-kataku ini? bantulah hambaMU ya ALLAH-editor}




















SATU SURAH SATU HARI






AT-TAKAATSUR













1. Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya kemegahan hidup.

2. Sehingga kamu masuk kubur.

3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

4. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat).

6. (Ingatlah) Demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

7. Selepas itu - Demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

8. Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!













Free chat widget @ ShoutMix

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




Jul 23, 2008
Duhai sahabat

teman yang baik adalah umpama hujan,
yang menyejukkan mentari yang menghangatkan,
cahaya yang menutupi kegelapan, dari pandangan mata,
kita berpaut penglihatan, dari pandangan hati,
kita saling kasih mengasihi,
bukan hanya cinta, bukan sekadar sayang,
kita semua bersama,
atas dasar keikhlasan dan kejujuran,
yang hadir dalam diri kita, mungkinkah setiap insan,
yang bersama kita itu, ikhlas dan jujur pada persahabatan,
bukan mudah untuk mencari teman yang baik,
kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata,
tatkala persepsi kita sahaja,
membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari,
kadang-kala jua,
teman yang baik,
berasal daripada seorang insan,
yang pernah mengkhianati kita,
tetapi cahaya hidayah dan keinsafan,
membuatkan dirinya,
kembali ke landasan yang betul,
kerana dia tersedar daripada khayalan diri,
yang diselubungi syaitan dan nafsu,
keikhlasan dan kejujuran, tidak boleh diukur,
kerana ia tersimpan didalam hati,
yang sukar dijangka dan diketahui,
oleh orang lain.


apatah lagi kepercayaan tulus,
yang juga bukan mudah,
untuk dilihat melalui pandangan mata,
semua hanya mampu dinilai,
oleh pandangan hati yang telus,
niatkan diri kita,
sebelum berteman,
kerana ia adalah permulaan,
kepada ukhwah yang sejati,
berdoalah kepada ALLAH,
agar dipertemukan,
sebuah persahabatan,
yang akan memanfaatkan diri,
yang akan meninggalkan,
memori silam,
yang bakal menghasilkan,
kebahagiaan yang kekal,
jangan terlalu memilih,
kerana mungkin,
disebalik pasir itu,
ada mutiara,
jangan pula terlalu membuka hati kita,
menerima semua untuk menemani kita,
masakan disebalik madu itu ada racun,
hati yang telus,
bila termakan racun,
tatkala menaruh madu,
kelak hati itu,
akan tertutup untuk menerima orang lain,
itulah kekecewaan,
yang melukakan dan sukar dirawat,
hargailah setiap insan,
yang menerima diri kita,
walau apa jua keadaan,
belajarlah untuk menerima teman,
yang memperbaiki kita,
belajarlah juga,
bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita,
jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan ALLAH,
berkata-kata baik,
berbudi bahasa sesama teman,
kelak nanti ia akan menguntungkan kita,
jika ada kesalahan,
maafkanlah,
jika ada kelemahan,
perbaikilah,
jika ada kebaikan padanya,
contohi dia,
marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan,
terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka,
pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka,
oleh itu berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya,
agar ikatan yang terbina itu akan kekal,
hanya ALLAH yang tahu pengakhirannya,
hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita,
biarlah kita berteman ramai,
kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita....


(perempuan yang ku KASIHI)
(adalah hasil ciptaan TUHANnya)
(yang mengalir cinta)
(takut dan harap)
(yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa)
(sehingga DIA memanggilnya)
(perempuan yang aku RINDUI)
(adalah perempuan yang diwajahnya terpancar sinar nur ILAHI)
(lidahnya basah dengan zikrullah)
(di sudut hati kecilnya sentiasa membesar ALLAH)
(perempuan yang aku CINTAI)
(yang menutup auratnya dari pandangan mata ajnabi)
(kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya)
(biarpun namanya tidak terkenal di bumi)
(tetapi di langit)
(ia disanjung tinggi)
(perempuan yang aku SAYANGI)
(bersyukur dengan apa yang ada)
(yang bersabar dengan apa yang tiada)
(cinta kepada hidup yang sederhana)
(yang tidak bermata dunia)
(perempuan yang aku SUKAI)
(adalah sejuk mata memandang)
(terlihat keluhuran akhlaknya)
(menjadi sumber ketenangan jiwa)
(bila hati bergelora)
(perempuan yang aku IDAMI)
(yang mengingatkan hatiku kepada AR-RAHMAN AR-RAHIM)
(bila rohku melupai janji pada ILAHI)
(perempuan yang aku SANJUNGI)
(menjadi dian pada dirinya sendiri)
(menjadi pelita kepada bakal putera-puteriku)
(untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari)


quoted from http://profiles.friendster.com/18333309

Posted at 08:52 pm by nabilahumairah
Make a comment  

selamat tinggal CSIIUM

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
alhamdulillah ana telah meninggalkan uia pj untuk menyambung cita-cita ke bumi anbiya'...setengah manusia mungkin tertanya-tanya kenapa tidak terus menetap di situ sehingga tarikh penerbangan?...bagi ana, biarlah ana mengamankan rumah ana dulu...kerana ana sering meninggalkan bilik ana dalam kelam kabut...
terlalu banyak urusan, atau tidak meluangkan masa unutk menghilangkan kekusutan itu...entah...


mungkn ramai terfikir, kenapa tak teruskan sahaja di IIUM kerana ia adalah sebuah institusi yang berprestij juga...sebabnya ialah:

a) kerana peluang untuk mendapat jurusan perubatan agak rendah lantaran persaingan yang begitu sengit...maklum sahajalah, pelajar Malaysia sekarang bijak pandai semuanya....

b) bumi yang ana ingin jejaki ialah bumi anbiya', bumi para ulama...dan universiti yang ana mohon juga antar universiti tertua di dunia (universiti al-azhar, kaherah)...

c)penekanan ilmu agama yang tinggi walaupun dalam bidang perubatan... tempoh pelajaran di sini ialah 7 tahun...tahun pertama akan belajar ilmu agama sahaja, gagal 1 madah perlu ulang kembali tahun tersebut...tahun seterusnya, separuh madah agama, dan separuh madah perubatan...ditambah pula hafazan al-QURAN...jika difikirkan memang terlalu sukar, namun tidak mustahil...harapnya ia dapat mengubah ana yang agak malas ini...sekurang-kurangnya ia menekankan keseimbangan antara dunia dan akhirat, melahirkan graduan yang mahir agama dan perubatan...

d)dan maklumat yang baru ana tahu, yuran ditanggung oleh universiti...ana tidak pasti, tetapi insyaALLAH betul...


harap ALLAH memudahkan jalan ana dan sahabat sahabiah menuntut ilmuNYA yang amat luas, yang mana kalimahNYA tidak dapat ditulis walaupun dakwatnya ialah 2 buah lautan di dunia...subhanallah...

wallahua'lam...

Posted at 07:44 am by nabilahumairah
Make a comment  

(cerpen)....:::Surat Cinta Ini:::....

Baju hijau pucuk masih tersarung indah pada tubuhku. Aku tersenyum namun hati beralun resah menyelongkar itu ini. Diari, dimanakah kamu? Diari itu terselit sepucuk surat yang aku simpan empat tahun lamanya. Surat itu juga aku harap dapat aku hulurkan pada manusia yang aku ingin dia baca dan tafsirkan. Surat yang aku tidak pasti perlu atau tidak aku berikan.

Di mana???! Arghh, suhu darahku sudah meningkat dek kerana amarah tidak berjumpa diari yang dicari. Sementara dia tidak melangkah masuk ke bilik ini, aku berharap akan cepat ketemu. Aku ingin membacanya buat kali terakhir sebelum aku lupuskan warkah itu dari alam nyata. Juga sebelum aku luputkan segala harapan dan impian agar bersemadi bersama perginya warkah empat tahun itu. Cepatlah!

Mata aku akhirnya melirik pada kotak kasut di bawah katil yang tersorok jauh. Ya! Disitu! Lupa pula aku mengalihkan kedudukannya tatkala aku terlalu asyik membacanya berulang kali. Tidak ditambah lagi berapa kali hati aku mencerlung derita. Betul! Di situ. Aku mengambil perlahan. Berdebar juga. Setelah sekian lama aku simpan, hari ini aku umpil kembali. Membaca sebelum aku kebumikan terus.

Perlahan aku buka, dan setiap baris ayat aku layarkan…

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mulakan bicara.
Kehadapan seorang manusia yang ingin aku miliki hatinya.

Ahmad Haris,
Saat aku layarkan warkah ini buat kamu, pasti dalam hatimu penuh bicara benci untuk seorang gadis bernama aku, bukan? Tidak kisahlah. Engkau layak untuk benci itu, dan aku layak untuk tindakan aku ini. Dan kita sama-sama tidak mengerti tentang perjalanan hidup yang sengaja kita kelirukan. Sungguh aku bercelaru. Andai surat ini berada dalam tanganmu, anggaplah segala rahsia hati aku terlerai sudah.

Ahmad Haris,
Masih ingatkah saat kita masih kecil remaja. Ya, kita di tingkatan 4. Dan sekarang aku dan kau sudah pun menginjak dewasa. Kita sudah 21 tahun sudah. Manusia begini kalau aku masih tidak mengerti perasaan yang Allah lahirkan dalam hati aku untuk kau, maka tidak normallah aku. Har, sungguh aku ingin kau tahu. Saat kita meniti hari bersama, saat itu jualah aku berkira sendiri. Beginikah rasa meniti usia remaja bersama jejaka sekacakmu. Namun tidak sama sekali aku hancurkan persahabatan yang terjalin hanya kerana rasa yang baru bertunas ini.

Ahmad Haris,
Segala yang tercipta pasti ada rahsia tersimpan. Dan aku yakin dengan kisah aku bersama kamu. Masih ingatkah kamu saat nombor aku tertera pada skrin telefon kamu. Satu nombor pengacau aku kira. Itulah silap terbesar dalam hidup aku. Har, masa tu aku terlalu taksub dengan telefon bimbit yang aku beli. Dan ketaksuban itu bertambah tatkala aku memperolehi nombormu. Bodoh benar aku saat itu. Dan benarlah firman tuhan yang menegaskan bahawa janganlah dihampiri zina. Aku sengaja memilih jalan itu. Jiwa remaja, yang mengundang nestapa hingga saat aku di sini.

Ahmad Haris,
Aku gembira mengenali kamu. Seorang tahfiz yang tidak jemu membantu aku. Tahfiz yang kerap menasihati aku. Aku sungguh gembira mengenali kamu. Seorang tahfiz berpewatakan segak. Tahfiz penuh dengan unsur-unsur nasihat. Tahfiz yang aku kagumi. Itulah selayaknya. Namun Har, aku terlupa bagaiman sifat manusia yang kerap berubah seketika.

Ahmad Haris,
Ingatkah kata-katamu yang ingin memiliki aku. Ingatkah janji-janjimu ingin mengambil aku sebagai surimu? Ingatkah setiap baris ayatmu yang ingin menyuntingku? Har, lupakah kamu kita baru di tingkatan lima. Hati dan perasaan boleh kecundang dek berkhayal jauh tentang masa depan yang masih belum dipastikan hitam putihnya. Tapi Har, aku tidak dapat sama sekali menipu memang aku sudah menetapkan setia bahawa dalam hati aku sudah dimiliki kamu. Sekalipun begitu, aku masih berpegang dengan prinsipku, cinta hanya pada masa dan mereka yang selayaknya. Umur menafikan cinta sebagaimana kematangan tidak membenarkan. Dan saat itu, aku kerap mengulang ayat..andai benar kau untukku, aku gadis yang tercipta dari tulang rusukmu, pasti, aku tetap menjadi milik kamu. Dan engkau acap kali mengingatkan aku tentang setia, tentang hanya aku akan berada di hati kamu, tentang hanya aku yang ingin dikahwini kamu. Bodoh benar zaman remaja. Ah, air mataku menitis lagi!

Har, ini pun aku ingin kamu selalu tahu,
Walaupun bibirku tegar menyatakan tidak tentang hubungan itu, hati aku lain pula bicaranya. Aku sungguh terlalu setia dengan kamu. Aku juga sudah meletakkan hati aku untuk kamu. Tiada dua atau tiga, untuk lelaki yang akan aku gelarkan sebagai suami selain dari kamu. Bahkan, aku tidak meletakkan istilah ‘spare part’ untuk kamu. Har, aku setia. Hingga saat ini. Aku menjaga hati kerana tidak mahu zaman remaja aku, zaman remaja kamu hancur dek dunia perasaan yang menipu. Aku ingin kita menjaga setia dan berjaya. Kerana masa depan hanya ditentukan DIA. Hanya DIA. Namun, kamu berpaling terlebih dahulu. Mungkin doaku belum pasti untuk kamu. Dan juga mungkin aku bukan gadis terbaik untuk tahfiz seperti kamu. Aku hanya gadis biasa. Yang biasa-biasa sahaja. Dan kerana biasa itu, kamu tidak berhenti menyatakan, itulah keistimewaan aku. Har, aku rindu kamu!

Ahmad Haris,
Ada satu ketika kita bergaduh besar. Hanya kerana aku menyaksikan kamu bergembira dengan gadis selain aku. Aku kecewa har! Ketika kamu melangkah ke alam kampus, ketika semua gadis terpana dengan kekacakan tahfiz yang kamu ada, ketika dunia kamu dipenuhi dengan keindahan. Aku, aku kau tolak ketepi. Aku bukan lagi sesiapa di hati kamu. Aku hanya mungkin mimpi ngeri bertandang sekejap dan meniggalkan calit hina. Har! Hati aku haru! Namun, aku sering meletakkan bahawa manusia akan berubah. Pasti berubah. Apatah lagi kamu, yang mengendong quran yang suci di dalam hati. Kalau pun kamu akan berubah nakal, al-quran yang kamu hafal pasti menujukkan jalan. Agar kamu tidak tersungkur jauh. Har, nyatakan pada aku bahawa keyakinan aku ini tidak pernah silap!

Ahmad Haris,
Masih ingatkah juga ketika aku pulang berjumpa kamu. Aku telan segala perubahan kamu. Aku kunyah lumat segala perbezaan kamu. Kamu bukan Haris yang selalu aku kenal. Kamu bahkan menjadi Haris yang baru. Namun, kamu menerima aku. Aku tersenyum bahagia. Semakin mekar bila kamu membicarakan bahawa setiap gadis yang bertandang dalam hidup kamu dulu hanya persinggahan. Walaupun aku kecewa, tersangat kecewa, tetap aku telan. Har, lupakah kamu tentang ayat yang selalu kamu bicarakan. Apakah aku mahu bakal suamiku memilik ramai perempuan? Jika tidak, aku harus menjaga lakuku. Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Lupakah kamu?

Namun, aku tetap telan. Biarpun apa yang menimpa. Aku menerima kamu tanpa syarat, Har. Langsung tanpa syarat. Kini, sudah hancur, punah, musnah! Kamu menunjukkan seorang wanita lagi. Dan, kali ini aku tidak mahu terus menelan. Aku perlu juga menjaga hati yang robek dikoyak kamu. Aku memilih melangkah jauh dari kamu. Dunia kamu, dunia aku sudah jauh berbeza. Kita tidak mungkin lagi dapat berjalan atas laluan yang sama. Sama ada aku tersungkur atau kamu yang akan menolak aku. Kerana dalam hati kamu, aku hanya sampah yang harus dijentik ke tepi. Aku faham maksud tersirat kamu.

Ahmad Haris,
Bukan perkara mudah melupakan kamu. Buktinya sampai saat ini kamu meniti setia dalam setiap hari aku lalui. Har, juga bukan mudah untuk aku memadam segala bentuk perkara yang menghubungkan aku dengan kamu. Tindakan gila ini aku terpaksa lakukan hanya kerana ingin memujuk hati, jika benar kamu lelaki terbaik untukku, terbaik untuk agamaku, terbaik untuk duniaku, terbaik untuk akhiratku..kamu pasti akan kembali dan menjadi milikku. Kerana, aku adalah sebahagian dari tulang rusukmu. Namun jelas, kesetiaanku sudah tiada makna. Langsung tiada.

Ahmad Haris,
Lupakah kamu saat aku membalas mesej kamu. Aku menipu ngatakan aku akan pergi jauh. Aku fikir kamu akan bertanya lanjut, ke mana aku. Tetap silap. Kamu hanya menyindir dan mendoakan keselamatan jasadku. Dan kini aku mengerti, aku memang sudah tiada tempat dalam hatimu.

Har,
Sampai sini sudah warkahku. Tidak tahu apa lagi ingin aku bicarakan. Juga tidak mahu air mata ini menitis tanpa harga. Har, sungguh aku sayang kamu, sungguh aku ingin kamu…menjadi sebahagian aku. Aku masih setia. Andai satu hari nanti kamu kembali mencari aku, carilah aku. Aku menanti kamu. Jika tidak, doakan aku berjaya melupakan kamu. Doa tahfiz mudah di kabulkan. Bolehkan Har?

Ahmad Haris,
Ini kali terakhir aku ingin menyebut penuh namamu. Percayalah, sekalipun wanita yang bakal tercipta dari rusukmu itu bukan aku, percayalah walaupun aku akan kecewa, aku hanya ingin yang terbaik untuk kamu, meski hati aku kamu remuk berjuta kali. Jagalah hati wanita itu, kerana aku tidak mahu ada lagi wanita menderita seperti aku…kerana kamu…

Yang tulus,
Aku..


Air mata mengalir juga. Mengalir lagi. Oh tuhan, tabahkan aku.

“Sayang?”

Senyap.

“Sya?”

Itu suara suami aku, dan aku tidak boleh merahsiakan segalanya kerana dia berhak ke atas aku. Sepenuhnya, termasuk cerita-cerita lalu.
“Sya menangis? Kenapa? Tak gembira kahwin dengan abang?”

Lelaki bernama Ruzaini aku pandang dalam. Aku yakin dia juga penuh persoalan mengapa. Hari ini hari pernikahan aku. Patutnya aku gembira. Lelaki ini aku kenali ketika dia menguruskan aku di wad kecemasan akibat asthma. Dan aku tidak ingat bila dia melamar aku, yang pasti dalam sujud istikharahku, memang benar dia jawapannya. Berkali-kali aku nyatakan aku bukan sesiapa jika dibanding dia. Setiap kali itu juga dia akan menegaskan kerana aku bukan sesiapalah dia mengahwini aku.

“Surat ni, saya nak bagi seorang lelaki yang saya cintai. Itu dulu. Saya nak musnahkan, tidak ingin ingat apa-apa lagi. Setia saya wajib untuk awak..err.. abang. Tapi, saya kena jujur dan menceritakan sebelum segalanya bakal menjadi teruk,”

Aku bersuara tenang dalam ketar. Aku unjukkan juga surat itu. Biarlah. Biarlah kalau dia akan berkecil hati dan memarahiku. Aku redha. Dan, dengan perlahan dia mengambil kertas separuh lunyai dek basah dengan air mata aku. Dia melipat penuh berhati-hati membiarkan aku tertanya-tanya. Lelaki ini memandang tepat, namun kerdipannya penuh sayu dan tenang.

“Sya isteri abang. Pandang sini. Saat abang melamar Sya, saat itu abang menerima setiap buruk baik Sya. Abang fahami setiap yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku antara kita. Yang lepas tidak dapat diputar kembali. Abang terima Sya, dan masa lampaumu itu. Sya, tanpa surat ini pun abang tahu hatimu sudah terisi dengan manusia lain yang pasti bukannya abang. Matamu dah menceritakan segalanya, penolakan berkali-kali Sya ketika abang melamar juga nyata ada rahsia. Lagi jelas bila abang tanya kenapa, Sya tidak menjawab. Abang belum bodoh untuk mengetahui manusia begini. Sya, abang juga istikharah. Jawapannya tetap kamu. Sya lah wanita terbaik untuk abang, untuk agama abang, untuk dunia dan akhirat abang. Sya juga manusia yang melengkapi tulang rusuk abang. Bantulah abang membina mahligai istana didunia dan kahirat dalam mencapa redha DIA dan melengkapi sunah nabi kita,”

Dahi aku dikucup perlahan. Ya Allah, besar sungguh perancanganMU. Selagi aku terus bergantung padaMU, selagi itulah engkau tidak pernah berhenti mengurniakan yang terbaik untukku. Ya Allah, kekalkanlah perasaan ini dalam hidupku. Sungguh, aku bahagia bersuamikan suamiku, dan aku tidak ingin meminta lagi selepasnya apatah lagi mengingati sebelumnya. Biarlah aku menjadi isteri kepada manusia ini Ya Allah….

(quoted from www.iluvislam.com)

Posted at 07:31 am by nabilahumairah
Make a comment  

Jun 16, 2008
UIAM @ IIUM??

Bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...
alhamdulillah ana dan para sahabat sudah melangkah ke uiam@iium...
pengalaman yang xleh nak komen...
hakikat sebenar rasa nak kluar je, balik dq balik...sedih nye duk sini...hari-hari nampak brothers....sisters yang kurang menutup aurat pun berlambak...macam mana ana nak mainkan peranan sedangkan diri ana tiada kekuatan untuk berdakwah...keluarga sendiri pun masih gagal untuk ubah...sebab tiada semangat dakwah...walhal dah maklum dengan hadith Rasulullah:
من قال لا ءاله ءالا الله فهو داع

harap2 diri ini dan sahabat seperjuangan diberi ilham, kekuatan dan semanga dakwah yang berkekalan...juga dapat menjaga diri dan iman daripada turut sama dengan mereka...
wallahua'lam
 

Posted at 10:22 pm by nabilahumairah
Make a comment  

May 28, 2008
Habis sudah?!!

assalamualaikum...
alhamdulillah sesi kuliah ana sudah tamat di DQ...
dan bakal beralih ke UIAM@IIUM...sedikit kebimbangan berpaut dijiwa...bagaimana ana hendak berhadapan dengan suasana yang bercampur antara lelaki dan perempuan sedangkan sudah hampir 6 tahun ana meninggalkan suasana itu...mungkin pernah berhubung dengan lelaki dalam tempoh itu tetapi bukan bersemuka...sungguh bimbang dengan kejutan budaya...
memanglah tidak dinafikan ana ni jenis selamba depan lelaki tetapi sebenarnya malu tahap gila....tak sanggup tengok muka lelaki kecuali dia sedang bercakap kerana ana susah hendak faham kalam orang lain kecuali melihat gerak bibir penutur...semoga ALLAH mempermudahkan urusan ana...
ana juga berharap dapat menyambung pengajian di mesir...hmm...entahlah...adakah tercapai cita2 ana ini...insyaALLAH...biiznillah
alhamdulillah hari ini ana menyambung kembali latihan memandu yang ana masih belum mulakan lagi...em, maksud ana latihan selepas mendapat lesen L...agak gentar kerana pertama kali memandu di atas jalan raya...jika akhir tahun lepas ana memandu di litar sahaja...ana sering terfikir, bagaimana orang dapat memandu dengan selamba sedangkan ana masih belum dapat fokus untuk 2-3 perkara dalam satu masa...bila tukar gear, ana tak dapat stabilkan stereng...bila memandu sahaja, ana tidak perasan langsung apakah signboard sepanjang jalan, sehinggakan ada lampu isyarat di hadapan pun ana tidak perasan...nasib baik ada guru di sebelah, kalau tidak...wallahua'lam...
begitulah juga jalan dakwah agaknya, perlu fokus 2-3 perkara dalam suatu masa...perlu seimbang antara dunia dan akhirat...hmm...ana terfikir, bagaiman nak terjun dalam masyarakat dan berdakwah sedangkan keluarga sendiri pun ana tidak kuat untuk mengislahkan mereka...
sama-sama fikirkan...
wallahua'lam

Posted at 11:06 pm by nabilahumairah
Make a comment  

Mar 26, 2008
kembali ke DQ

bimillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

alhamdulillah sebelum berkemundangnya azan subuh di KKB, ana dan 3 orang sahabiah selamat sampai di Darul Quran, tempat  yang amat kami cintai selain rumah...hari pertama yang dilalui di DQ selepas bercuti hampir 2 minggu, persoalan, "bagaimana musabaqah?"..aduh, soalan itu cukup menusuk kalbu, kerana ana masuk musabaqah itu bukan untuk menang, sekadar mengambil semangat untuk 'iadah... itupun persediaan terlalu dha'if memandangkan ana melancong ke Bandung....segalanya kelam kabut kerana hari kedua ana di Malaysia sudah masuk ke gelanggang musabaqah... alhamdulillah juga dapat jawab 1 soalan...

masuk musabaqah bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mendabik dada menyatakan kejayaan kita menghafaz sehingga masyi...itulah yang ana ingin tanam dalam diri walaupun hakikat untuk jadi tawadhu' dan ikhlas itu kadang-kadang terasa terlalu mustahil dan jauh untuk ana gapai...tapi kita perlu berusaha...ana cukup respect dengan classmate ana, bila tanya dia macam mana musabaqah perak, dia tak khabarkan pun kejayaan dia, tapi khabarkan kejayaan orang lain...kalau ana, mungkin sebaliknya yang terjadi...dan mungkin sebab itulah ALLAH tetapkan ana tak dapat iadah betul-betul dan masyi betul-betul apa yang di iadah pada waktu itu...

penghargaan (lebih tepat hadiah la) yang diterima apabila mendapat tempat pertama, ke-2 atau ke-3 daalam majlis perujian hafazan ini bukanlah matlamat... betapa susahnya nak ikhlaskan diri memandangkan ganjaran yang diberi terlalu banyak sehinggakan ana sendiri pernah terniat dalan hati, nak pegang betul-betul 30 juz, nak masuk musabaqah sebab nak dapatkn 10ribu yg diganjarkan...mungkin kita terkabur dengan ganjaran dunia, sehingga tergelincir dari jalan yang benar menyebabkan kita masuk ke kancah neraka...na'udzubillah

segalanya matlamat yang utama dalah mardhatillah...bukan keduniaan mahupun keakhiratan(syurga atau pahala) hanya pendorong semangat sahaja...betapa susah untuk mendidik nafsu dalam dunia serba mencabar dan moden ini...sehinggakan kepalsuan berlaku di mana-mana...kita kadang-kadang dirabunkan oleh musuh-musuh Islam, kesalahan dikatakan kebenaran dan kebenaran dikatakan kesalahan...haram dijadikan halal dan halal dijadikan haram...sebab itu lah kadang jalan terbaik ialah wasatiah...tapi selama mana kita selalu dalam keadaan wasatiah?...apa-apapun yang kita lakukan biarlah bertepatan dengan syariat dan niatnya hanyalah mardhatillah...ikhlaskan diri kerana ALLAH..."ud'u ila sabili rabbika bil hikmati wal mau'izhotil hasanah"...

peperiksaan akhir makin terasa kehangatannya...dan bukanlah gpa 4.0 yang di impikan, tetapi 30juz di dada bersama dengan penghayatan dan diamalkan...berjayakah ana dan sahabat-sahabiah di sini? sama-sama doakan

wassalam

Posted at 10:12 pm by nabilahumairah
Make a comment  

Mar 23, 2008
Aulawiyat

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...

Saya terlalu sedih memikirkan diri sdiri...Diri ini pegang Kalamullah...tapi bila berada di rumah, masih lemah untuk menjaganya...sering dihambat rasa nak tengok hiburan dunia yang berbagai..

Keduanya, saya sendiri masih belum boleh bercakap lemah lembut dengan ibu bapa, gagal menjaga hati mereka...tambah-tambah mak  saya tu jenis sensitif...nasib malang la dapat anak macam ni...mak selalu cakap, saya ni bab-bab furu'(contoh:bab jilbab dan niqab) jadikan perkara penting, sedangkan yang fardhu(contoh: birrul walidain) pandang remeh...kena laknat oleh Quran la gini..

Kadang-kadang saya selalu terlepas pandang bab ini...saya cuba sedaya upaya...tapi tengok-tengok mak dah terasa hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut saya...pernah terfikir, tidak berani saya untuk berumah tangga kerana saya tidak pandai memikat hati orang tua...

sememangnya kenyataan saya kurang senang bergaul dengan orang-orang tua (lebih tepat warga emas)...entah kenapa...sepatutnya kita kena pandai korek petua-petua dari mereka kerana mereka yang lebih dulu makan garam dari kita...

"Ya ALLAH, bantulah hambaMU untuk berubah"

wassalam

Posted at 03:21 am by nabilahumairah
Make a comment  

Mar 22, 2008
CANTIK: PERHAMBAAN MODEN YANG MENYERONOKKAN

{assalamualaikum...sebagai artikel  muqaddimah...ana letak artikel yang berkaitan dengan muslimah yang diambil dari saifulislam.com...harap ada manfaat..-->editor}


peacock.jpg

"Hidup yang hanya memikirkan kecantikan diri, adalah falsafah hidup burung merak. Cantiknya lebih, manfaatnya tidak setara. Daging tidak dimakan, burung lain enggan berkawan. Terbang tak setinggi mana, lagaknya mendabik dada. Merak hanya ada kecantikan yang dimodal untuk dibanggakan… jika harga diri merak adalah pada cantiknya semata, apakah harga diri seorang insan juga bergantung kepada paras rupanya? Insan lebih mulia dari itu…"

“Saya tidak pernah berasa tertekan atau ditindas kerana berpakaian begini. Malah ia telah memulangkan kembali harga diri saya yang hilang selama ini. Jika dulu saya mungkin ditawarkan kerja atau apa-apa faedah kerana rupa paras dan kecantikan yang saya cuba peragakan. Tetapi hari ini, saya mendapat apa yang saya dapat, kerana saya dinilai sebagai saya. Orang menilai saya atas kualiti, kemahiran dan prinsip kehidupan yang ada pada diri saya. Dan itulah diri saya yang sebenar”

Saya terpaku mendengar ucapan Sister Rabiah di hadapan lebih 400 orang warga universiti The Queen's, Belfast. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Moslem Women Are Free From Modern Slavery". Ia merupakan salah satu slot yang mengisi program Islamic Awareness Week yang dianjurkan oleh Islam Students Society of Northern Ireland (ISSNI) dengan kerjasama Belfast Islamic Centre, tempat saya bertugas sebagai Imam.

Sister Rabiah adalah wanita Irish yang memeluk Islam lebih 20 tahun yang lalu. Zaman itu adalah era Ireland yang terlalu asing dari Islam. Tidak seperti hari ini, yang jumlah orang Islam di Ireland Utara sahaja sudah mencecah 10 ribu orang. Selepas Sister Rabiah memeluk Islam, beliau gigih mempelajari Islam, mempelajari Bahasa Arab, dan akhirnya beliau sampai ke tahap berjaya menghantar anaknya sendiri belajar di Madinah.

Saya amat berharap yang suatu hari nanti, anaknya akan menjadi Imam yang pertama di Ireland Utara, dari kalangan anak tempatan sendiri. Impian ini dikongsi bersama dengan ibunya, Sister Rabiah, serta suaminya Sheikh Mehdi yang bertugas sebagai rakan sejawat saya di Bandar Craigavon, 25 km ke barat Belfast.

Ucapan Sister Rabiah itu benar-benar mencelikkan pemikiran saya. Jika suatu ketika dahulu, kaum wanita menjadi hamba kepada lelaki. Sama ada di dalam tamadun Arab Jahiliyah, mahu pun tamadun Hindu, Greek, Rome, malah seluruh tamadun Barat dan Timur, kesemuanya memandang rendah kepada wanita. Wanita boleh dikongsi dan dipindah milik sesuka hati, wanita dinafikan haknya untuk memiliki harta serta berniaga, malah ada wanita yang mesti dibakar hidup-hidup bersama suaminya yang meninggal dunia. Semua ini telah sedia ada di dalam pengetahuan kita.

Semua itu sudah dihapuskan dengan kedatangan Islam. Islam telah memberikan apa yang sepatutnya diberi kepada wanita, sebagai insan, yang bukan sebarang insan. Islam memuliakan ibu, merupakan seorang perempuan. Islam menyama ratakan nilai ketaatan lelaki dan wanita, tanpa berkurang walau sedikit pun. Wanita diberikan hak berniaga, memiliki harta, menegur pemimpin, keluar belajar dan mengajar serta pelbagai lagi keistimewaan yang hanya dapat dikecapi oleh tamadun bukan Islam selepas bermati-matian berjuang di atas peluh dan darah

Tradisi memperhambakan wanita sepatutnya sudah lenyap. Wanita bukan hamba. Mereka adalah khalifah Allah di bumi ini, yang nilai diri mereka terletak kepada sejauh mana mereka dapat melaksanakan tujuan Allah menciptakan mereka, bersama lelaki yang turut dinilai dari sudut yang sama. Lelaki dan wanita, ada peranan masing-masing, dan ia terlalu bersesuaian dengan acuan Allah di dalam penciptaan setiap mereka.

Lelaki yang dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugas, amanah dan tuntutan, diberi kecenderungan untuk dipengaruhi pertimbangan akal berbanding emosi. Manakala wanita yang dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugasan, sama ada di dalam keluarga mahu pun masyarakat, diberi kecenderungan untuk teguh dan tekun pada kekuatan emosi berbanding rasional akal. Kerana itu wanita mampu mengulang-ulang rutin yang sama (berapa kali seumur hidup wanita mengemas rumah yang tidak pernah berhenti semak), kerana emosi kasih dan sayang kepada keluarganya kuat, terlalu kuat berbanding lelaki, yang lebih suka melogikkan sesuatu.

Jika lelaki dan wanita saling memainkan peranan masing-masing, hak lelaki dan perempuan di dunia ini dengan sendirinya akan tertunai. Namun apabila masing-masing sibuk menuntut hak, runtuhlah kerukunan hidup kerana untuk menuntut hak, masing-masing hanya perlu menDESAK.

Wanita sudah sedia mulia…

Akan tetapi, kemuliaan wanita itu dirampas dari dunia hari ini, kerana manusia sendiri yang lari dan menjauhkan diri dari ketetapan Tuhan, Sumber kebaikan dan kemuliaan itu. Wanita sendiri yang mahu dirinya dinilai pada rupa paras yang diperagakan. Mereka mahu dinilai pada bentuk bulu mata, gaya rambut, rupa kaki, atau jenama pakaian yang semua itu bukan dirinya yang sebenar.

Akhirnya wanita terpaksa bekerja keras untuk'dilihat tinggi'. Mereka perlu berbelanja besar, mereka menyeksa jiwa atas pilihan sendiri, semuanya kerana mahu kelihatan cantik di mata manusia yang memandangnya. Kerana mahu memuaskan hati semua orang, dialah satu-satunya 'orang' yang tidak berpuas hati dengan dirinya sendiri, sepanjang masa. Ketika orang lain ada pelbagai urusan hidup lain, dia menghabiskan masa dan jiwa pada memikirkan pandangan orang lain terhadap dirinya sendiri. Hidup dikelilingi 'tuhan' yang banyak memang mengundang derita.

Perempuan seperti ini mahu manusia melihat dan menilainya dengan pandangan hawa nafsu semata-mata. Sedangkan hawa nafsu manusia itu, kehendaknya seperti air laut, yang makin diteguk makin haus. Dia terlupa bahawa manusia tidak mungkin dapat dipuaskan, apatah lagi untuk memuji sebagai balasan. Alangkan Allah yang Maha Baik dan Maha Indah itu pun manusia ramai yang lupa serta tidak tahu memuji-Nya, apatah lagi manusia yang rabun jauh dan dekat ini. Rabun Akhirat, rabun Dunia!

Marilah wahai wanita yang berjiwa tinggi, muliakan dirimu dengan dirimu yang sebenar. Dirimu adalah akhlakmu, hikmahmu, kebijaksanaanmu, hati budimu, yang semua itu hasil dari imanmu. Didiklah manusia di sekitarmu agar menilai dirimu sama seperti Tuhan menilaimu. Lantas segala penampilanmu adalah mesejmu kepada manusia, bahawa keluhuran erti hidup ini, adalah pada melihat kehidupan, dari pandangan Pencipta kehidupan.

Keluarlah dari perhambaan itu. Jangan hambakan diri kepada manusia yang juga hamba sepertimu. Jadikan dirimu tinggi, selepas engkau tundukkan diri di hadapan Tuhan yang Maha Tinggi. Namun, untuk memerdekakan seorang hamba yang diperhambakan dengan cara ini, bukanlah semudah menyebutnya. Hamba abdi ini gembira diperhambakan, perhambaannya penuh keseronokan, biarpun ia mengikis harga diri dan nilai keinsanan. Tetapi, biar pun perhambaan akhir zaman ini glamour lagi mengasyikkan, hujungnya tetap derita penuh sesalan. Begin with the end in mind!

Be yourself, but be the best of yourself

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Cheras, 18 Julai 2006


(quote from www.saifulislam.com)

Posted at 12:01 am by nabilahumairah
Make a comment